Guru Tadika Swasta Disyaki Pengedar Dadah

Guru Tadika Swasta Disyaki Pengedar Dadah

Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggar bernilai RM80,000 serta menangkap dua wanita tempatan termasuk salah seorangnya guru tadika swasta dipercayai pengedar dadah, semalam.
Timbalan Ketua Polis Miri Superintendan Stanley Johnathan Ringgit berkata, kedua-dua wanita tersebut adalah warga tempatan berumur 32 dan 36 tahun dengan pelbagai dadah dianggarkan lebih 400 gram dirampas dalam serbuan dilakukan pada 1 tengah hari.
"Dadah yang dirampas ialah jenis syabu dan pil ekstasi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Stanley berkata, kedua-dua dadah tersebut dirampas di dalam kereta milik seorang daripada suspek dan ditemukan di dalam rumah sewa suspek di Vista Perdana, Permyjaya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman gantung jika disabitkan kesalahan
Baca Lagi...

2 Murid Disyaki Menghidap Virus Influenza A

2 Murid Disyaki Menghidap Virus Influenza A

Dua murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera 2, Melaka Tengah disyaki menghidap virus Influenza A (H1N1) selepas mengalami batuk dan deman.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman, berkata, perkara itu belum dapat disahkan kerana pihaknya sedang menunggu laporan hasil ujian dilakukan di Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh.
"Murid pertama dimasukkan ke wad Hospital Melaka selepas mengalami demam dan batuk sejak 3 Februari lalu, namun sudah dibenarkan keluar pada 7 Februari.
"Manakala rakan sekelasnya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di negeri ini sejak Rabu dan masih menerima rawatan," katanya ketika dihubungi.
Pihaknya turut melakukan pemeriksaan di sekolah berkenaan pagi tadi dan hasilnya sembilan murid menunjukkan simptom sama dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau, meminta orang ramai terutama ibu bapa tidak risau kerana keadaan masih terkawal dan masalah kesihatan itu belum disahkan sebagai jangkitan virus H1N1.

Baca Lagi...

Hampir 100 Kanak-Kanak Maut Kerana Buah Laici

Hampir 100 Kanak-Kanak Maut Kerana Buah Laici

Hampir 100 kanak-kanak di utara India mati disebabkan menghidap penyakit misteri sejak tiga tahun lalu.

Pemeriksaan mendapati, kanak-kanak sakit yang dimasukkan ke hospital di Muzaffarpur antara Mei dan Julai 2014 menghidapi masalah sama iaitu sawan dan bengkak otak.

Ia juga sama dengan kejadian yang berlaku di Carribean. Pakar perubatan hospital juga tidak dapat mengetahui punca sebenar, lapor BBC.

Satu kajian dilakukan diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet mendapati sebab kematian adalah kerana wabak dari buah Ackee yang mengandungi hypoglycin, toksin yang menghalang badan daripada menghasilkan glukosa.

Hasil ujian itu juga menunjukkan buah laici juga terkandung hypoglycin.

Laici mengandungi toksin yang menghalang keupayaan badan untuk menghasilkan glukosa, yang memberi kesan kepada anak-anak muda yang darahnya gula tahap sudah rendah kerana mereka tidak makan malam.

Buah laici mudah diperolehi memandangkan kawasan utara India merupakan pengeluar utama India.

Kebiasaannya, kanak-kanak ini makan buah laici yang jatuh ke tanah dalam keadaan perut yang kosong. Kerana itu, wabak tersebut mudah merebak.

Pegawai kesihatan yang ditugaskan ke kawasan tersebut menasihati ibu bapa agar menjaga pemakanan kanak-kanak supaya menghadkan pengambilan buah laici terhadap mereka.
Baca Lagi...

Pelakon Jelita Disiasat Bantu Raja Dadah Loas

Pelakon Jelita Disiasat Bantu Raja Dadah Loas

Polis Thailand menyerbu rumah seorang aktres popular semalam untuk menyiasat hubungan selebriti terkenal itu dan ahli perniagaan dengan seorang suspek disyaki raja dadah warga Laos.

Penyiasat berkata, rakan elit mungkin membantu melindungi kegiatan seorang lelaki warga Laos, Xaysana Keopimpha yang dipercayai polis sebagai raja dadah antarabangsa.

Keopimpha, 42, ditangkap polis pada bulan lalu dalam satu operasi dramatik di lapangan terbang utama Bangkok.

Beberapa kumpulan anggota polis melakukan lebih 12 serbuan di Bangkok semalam termasuk apartmen pelakon televisyen dan hos rancangan bual bicara, Napapa Thantrakul.

Napapa ketika ini belum dijadikan suspek tetapi polis percaya suaminya menerima beberapa kereta mewah daripada seorang pembawa dadah Keopimpha termasuk sebuah Lamborghini.

Pihak berkuasa percaya, empayar dadah Keopimpha menyalurkan methamphetamine yang dihasilkan di Myanmar ke Thailand dan Malaysia.

Bangkok dan pinggir bandarnya dijadikan tempat persembunyian penting dan perlindungan kepada sindiket itu.

Beberapa pengedar kereta mewah dan selebriti di Thailand juga dipercayai terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram keuntungan milik Keopimpha.
Baca Lagi...

JPJ Terjun Parit

JPJ Terjun Parit

Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas ke dalam parit di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Rompin berhampiran Merchon. Pekan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, anggota terbabit bagaimanapun tidak cedera dan berjaya keluar dari kenderaan berkenaan.

Pengarah JPJ Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebelum kejadian anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, anggota JPJ berkenaan terserempak dengan dua lelaki menaiki motosikal dengan tidak memakai topi keledar.

"Anggota kita meminta mereka memberhentikan kenderaan berkenaan namun mereka enggan dan terus memecut motosikalnya.

"Kita cuba mengejar suspek sehingga melalui jalan berbatu dan sebaik melalui kawasan selekoh, kenderaan kita gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, dua anggota JPJ berkenaan berjaya keluar dari kenderaan itu sambil dibantu penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.

Bagaimanapun Mark berkata, dia masih lagi menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu
Baca Lagi...
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.