Petua Bersihkan Kerang

Kerang sememangnya enak dimakan sama ada rebus atau bakar. Namun, tidak dinafikan bahawa proses untuk membersihkannya agak sukar. Untuk memudahkan anda membersihkan kerang, ambil dua ataupun tiga keping asam gelugur.

Kemudian rendamkan bersama kerang selama 10 hingga 15 minit. Setelah cukup masanya, bersihkan kerang seperti biasa. Hasilnya, anda akan lihat kulit kerang tampak lebih cerah dan bersih. Selamat mencuba.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.