Petua Melawaskan Kencing

Masalah kencing tidak lawas sudah tentu merunsingkan anda. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh saluran kencing yang sempit atau terdapat ketulan halus yang menyekat pengaliran kencing anda daripada berjalan dengan lancar.

Bagi melegakan kencing tidak lawas atau yang lebih serius lagi iaitu kencing berdarah, cuba amalkan petua ini. Ambil dua genggam bali, basuh dan rebus sehingga kembang lalu dimasukkan sebuku garam.

Apabila hendak diminum, masukkan pula sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh. Selamat mencuba.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.