Petua Melembutkan Daun Pucuk Ubi

Menikmati daun pucuk ubi rebus bercicahkan sambal belacan tentunya amat menyelerakan kerana ia amat digemari oleh kebanyakan orang.

Terdapat cara mudah untuk melembutkan daun pucuk ubi. Ketika air rebusan sedang mendidih, tuangkan sedikit minyak masak ke dalamnya. Selain dapat menjadikannya lebut, kaedah ini juga berupaya mengekalkan kehijauan warna daun.

Untuk pengetahuan anda, petua ini juga boleh digunakan untuk melembutkan perut lembu. Selamat mencuba.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.