Petua Merawat Kudis Api

Kulit kanak-kanak sememangnya sangat sensitif dan jika tidak dijaga dengan betul mudah terkena kudis api atau bullous impetigo. Kudis api membuatkan anak berasa tidak selesa, gatal, malah boleh merebak jika tidak dirawat dengan segera.

Untuk merawatnya, anda boleh mengamalkan petua ini. Ambil beberapa urat akar tuba, tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan pada bahagian anggota yang dijangkiti kudis, teruskan amalan ini hingga kudis menjadi hitam dan seterusnya sembuh. Selamat mencuba.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.