Petua Mengilatkan Cermin Muka

Cermin muka selalunya akan mengalami pelbagai kekotoran yang sukar ditanggalkan. Jika cermin muka anda kelihatan kotor, jangan risau, cubalah petua ini.

Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Semburkan cermin dengan air cuka dan lap dengan kain yang lembut serta tidak berbulu hingga berkilat.

Cara yang lain pula, basahkan sehelai kertas surat khabar kemudian taburkan sedikit bedak pada surat khabar dan gunakan ia untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga anda puas hati. Selamat mencuba.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.