Hukum Pakai Tudung Tidak Menutupi Dada


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Ahzab:59)

Jika wanita tersebut memakai baju yang longgar atau di bahagian dadanya tidak ada bentuk seperti contoh wanita yang memiliki payu dara yang terlalu kecil apabila memakai baju tidak menampakan bentuk maka wajib baginya menutup bahagian rambut kepala dan leher sahaja. Wanita seperti itu jika memakai tudung yang kecil tidak salah.

Tetapi jika baju yang dipakai wanita tersebut mempunyai lubang-lubang butang dibahagian dadanya, maka wajib baginya memakai tudung yang labuh hingga menutupi belahan dadanya itu.

Bagi wanita yang memakai baju yang longgar tetapi di bahagian dada amat ketara menampakan bentuk seperti contoh wanita yang mempunyai payu dara yang besar, maka wajib baginya memakai tudung yang labuh.

Ada yang bertanya, jika ada seorang wanita memakai baju kurung contohnya, tudung sudah labuh tetapi apabila melintas jalan tiba-tiba angin bertiup terlalu kuat sehingga bahagian belakang badannya menampakan bentuk tubuh yang jelas maka wanita tersebut tidak bersalah kerana perkara sedemikian memang sukar untuk dikawal.

Melainkan dalam keadaan biasa wanita itu memakai pakaian yang jelas menampakan bentuk tubuh badannya.

Contoh, wanita zaman sekarang, akan mengangkat kainnya hingga mendedahkan aurat bagi mengelak kain yang dipakainya terkena kemucup. Wanita-wanita ini lebih sayangkan kain daripada auratnya sendiri. Ini yang sering kita lihat di mana-mana sahaja.

Ketahuilah, Wanita di zaman Rasulullah SAW, sejengkal kainnya diheret di atas pasir demi aurat mereka.

Wallahu a`alam
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.