Tanda-Tanda Orang Menganut Syiah


Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1. Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar dan Umar.

2. Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi SAW.

3. Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isyak tanpa sebarang sebab.

4. Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5. Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6. Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7. Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8. Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isyak.

9. Memarahi orang yang puasa Asyura.

10. Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).

Wallahu a`alam
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.