Cara Menutup Aurat Bagi Wanita


1. Dakwah kepada kaum wanita untuk menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia memakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik.

Tujuan menutup aurat ialah untuk "melindungi/menutupi" kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram.

Bertudung bukan bertujuan untuk menjadikan dia lebih cantik!

Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat.

Definisi عورة (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah]

Kaedah ini jelas dalam firman Allah ;

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا 
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nur: 31)

Beritahu setiap wanita, jika dia tidak menutup aurat maka bahagian yang terdedah auratnya akan dibakar oleh api neraka.

Itulah yang dilakukan oleh Nabi SAW.

2. Tidak menutup aurat adalah berdosa dan bertabarruj juga berdosa.

Wanita yang tidak memakai tudung adalah berdosa kerana rambut termasuk dalam aurat yang wajib dilindungi/ ditutupi manakala wanita yang memakai tudung tetapi memakai baju ketat atau menampakkan bentuk susuk tubuh badan juga adalah berdosa.

Wanita yang sudah menutup aurat seluruh badan tetapi kemudian menzahirkan kecantikan dirinya walaupun 'bertutup' ialah disebut tabarruj dan ianya juga berdosa.

Tabarruj bermaksud berhias bagi nampak cantik.

التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
Dalam Islam wanita bukan sahaja dilarang mendedahkan aurat tetapi juga dilarang bertabarruj (bagi dirinya nampak cantik).

Contoh:

Pakai purdah + jubah dikira menutup aurat tetapi letak labuci, manik, warna-warni yang menarik, asal menarik pandangan orang itu dikira tabarruj. Belum campur bergaya, maskara, letak make-up, pakai minyak wangi dan berposisi yang boleh menggoda.

3. Ada orang berdosa sebab dedah aurat, ada orang lain pula berdosa sebab bertabarruj walaupun dia menutup aurat. Setiap wanita harus mendalami hukum tentang aurat lebih mendalam dengan belajar hukum hakam dan syariat.

Kaum wanita disebut sebagai penghuni neraka paling ramai, disebabkan tidak menjaga kewajipan agama dengan baik dan suka mengikut hawa nafsu.

وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ
Dan aku melihat neraka, lalu aku mendapati kebanyakkan penghuninya ialah wanita. [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Hawa nafsu bukan seksual sahaja tetapi keinginan fashiontrend, pujian orangterkenalmewahglamoursuka shopping dan pelbagai lagi.

Wallahu a'lam.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.