Bolehkah Gadis Mengandung Bernikah?


Seorang gadis telah mendapati dirinya telah mengandung luar nikah, bolehkah dia bernikah ketika dia masih mengandungkan anak itu dengan lelaki yang telah mengandungkannya?

Hal ini banyak berlaku perbalahan serta kekeliruan. Ada yang berkata tidak boleh dan jika bernikah akan berlaku penzinaan berterusan.

Ada dua pendapat ulama' mengenai hal sedemikian;

1 ) Pendapat Mahzab Hambali dan Mahzab Maliki mengatakan tidak boleh/ tidak sah bernikah seorang gadis yang sedang mengandungkan anak tidak sah taraf kecuali setelah gadis tersebut melahirkan anak atau setelah habis nifas.

2 ) Pendapat Mahzab Hanafi dan Mahzab Syafie mengatakan boleh/ sah bernikah walaupun gadis tersebut sedang mengandungkan anak tidak sah taraf.

Sila ambil serius tentang hal ini supaya jangan ada sebarang kekeliruan serta perbalahan pendapat.

Wallahu a'alam
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.