Dua Gadis Jual Tiket Bas Dan Dadah


Dua wanita yang juga penjual tiket bas ditahan kerana terbabit dalam pengedaran dadah dalam satu serbuan di Sungai Gelugor, Georgetown, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Menurut sumber, dua suspek berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan dalam kereta selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan. Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Butterworth yang dijadikan makmal menghasilkan heroin.

Siasatan mendapati, kedua-dua suspek wanita tersebut 'proses' sendiri dadah berkenaan sebelum mengedarkannya di sekitar negeri ini.

Selain itu, pihak polis turut merampas heroin seberat 6.4 kilogram bernilai RM116,500.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.