Polis Buru Peragut Bermotosikal


Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai bergiat aktif meragut di sekitar daerah ini dan Melaka sejak awal bulan ini.

Menurut sumber, gambar lelaki terbabit yang dirakam orang awam viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, minggu lalu.

Antara komen dimuat naik termasuk ‘waspada dengan lelaki Melayu ini. kaki ragut menggunakan motosikal (Yamaha) RXZ no plat BLA931. Bergiat cergas di Gemencheh, Selandar dan Jasin’.

Sumber berkata, lelaki berusia 30-an itu menunggang motosikal Yamaha RXZ dengan mengelilingi kawasan perumahan bagi mencari mangsa.

Lelaki terbabit menyasarkan kawasan sunyi dan golongan wanita untuk melakukan jenayah. Dia meragut barangan berharga seperti beg tangan dan barang kemas sebelum melarikan diri.

Lelaki itu aktif melakukan kegiatan itu di beberapa kawasan di Gemencheh selain Selandar dan Jasin di Melaka. Dia dipercayai melakukan kegiatan itu pada waktu pagi ketika orang ramai keluar bekerja.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.