Ayam Segar Naik Harga Lagi


Beberapa buah pasar di sekitar Pulau Pinang didapati telah menaikkan harga ayam segar daripada RM8.50 sekilogram kepada RM9.00 sekilogram sejak tiga hari lalu.

Seorang pembeli, Rosnani Ayob, 32 berkata, dia terkejut apabila mendapati harga ayam segar itu mula naik dalam tempoh dua hari.

"Sebelum tu RM8.50, kemudian naik kepada RM8.80 sekarang RM9 pula, apa yang menakutkan kami sekiranya esok atau lusa ia akan bertambah naik lagi.

"Sebagai pembeli mahupun pengguna sudah tentu kami bimbang dengan keadaan ini kerana ayam adalah barangan harian," katanya.

Sementara itu peniaga ayam di Pasar Taman Tun Sardon, Khalis Abdul Qudus berkata, kenaikan berkenaan tidak boleh dijangka memandangkan bekalan adalah daripada pemborong.

"Kami tidak boleh nak kata lebih-lebih, mungkin esok harga akan naik atau sebaliknya mungkin turun.

"Pada kami sebagai peniaga, kalau boleh biarlah harga murah saja memandangkan kami pun hendak ayam laku dan cepat dijual.

"Sekarang memang ada pembeli tetapi jualannya agak lambat sedikit kerana ayam naik harga," katanya.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.