Biawak 'Gergasi' Bawah Kereta


Bomba berjaya menangkap seekor biawak 'gergasi' sepanjang tiga meter yang berada di bawah sebuah kereta yang berada dalam garaj di sebuah rumah di Taman Desa Sentral, Batu Gajah, Melaka, hari ini.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah menerima panggilan daripada pemilik rumah yang ternampak biawak berkenaan di bawah keretanya.

Ketua Operasi BBP Batu Gajah Pegawai Bomba Kanan II Mohd Isa Zainal berkata, dia bersama tujuh anggota yang tiba mendapati biawak itu masih berada di bawah kereta berkenaan.

"Pemilik rumah cuba menghalau biawak itu namun ia tidak berganjak.

“Bomba menggunakan dua tali penjerut dan berjaya menangkap reptilia itu walaupun ia amat agresif," katanya ketika dihubungi.

Mohd Isa berkata, biawak terbabit kemudian dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan bagi mengelak ia datang ke rumah orang ramai.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.