PERHILITAN Jumpa 10 Kesan Tapak Kaki Harimau


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menemui lebih 10 kesan tapak kaki harimau dipercayai haiwan sama yang dirakam sedang berehat berhampiran Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Bukit Besi di Dungun, baru-baru ini.

Pengarah PERHILITAN Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya berjaya mengesan tapak kaki haiwan berkenaan hari ini, berhampiran kawasan perangkap yang dipasang.

"Berdasarkan saiz tapak kaki harimau berkenaan, kami menjangka haiwan berkenaan seberat antara 50 hingga 80 kilogram," katanya.

Menurutnya, penemuan kesan tapak kaki itu mendorong pihaknya memperhebat dan memperluaskan kawasan operasi menjejak harimau berkenaan dengan memantau hingga ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Bukit Merah, Dungun.

Gambar harimau belang berkenaan yang sedang berehat di kawasan lapang dipercayai berhampiran susur keluar Bukit Besi, viral di media sosial minggu lalu.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.